Thursday, 19 July 2012

Buah Delima dan Pati Delima Gulshan

Assalammualaikum...

Since HB aku low...aku pun wat la researh cmne nk naikkan HB aku blk...salah satu drnya adalah buah delima....buah delima ni  byk khasiatnya..antara khasiat buah delima untuk ibu mengandung adalah kandungan asid folik (penting untuk pertumbuhan saraf bayi) dan zat besi (utk pembentukan darah). Bagus ni.. meh aku share kan kat sini ya. Antara lainnya menyebut :

Dalam kajian Pediatrics mendapati bahawa minum jus delima selama kehamilan dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus buah delima juga boleh membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun yang lalu, doktor mengesahkan bahawa asid folik tidak cukup (folat) boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Itulah sebabnya American Medical Association mengesyorkan bahawa semua wanita hamil untuk mengambil suplemen asid folik setiap hari. Jus buah delima membekalkan asid folik yang tinggi. Selain itu, jus delima yang baik mengandungi potassium yang dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil pada malam hari.

kalau nk tau lebih lanjut lg...korang leh google sendiri tuk cr khasiatnya ye...

ni la ghope buah delima lau korang nk tau


so aku pun cr la buah delima ni...xtau la nape..bkn rezeki aku kot..abis sume supermarket aku pegi sume xde buah delima ni....smpai akhirnya aku blk kg br dpt...tu pun mk aku yg belikan kt pasar..thanks mommy tlg crkn untuk ankmu ni ye :)...
buah delima ni boleh tahan gak harganya...sebiji RM5...lau ko mkn sebiji sehari agak2 bape RM sebulan???..hehe kira2 jgn x kira...nk mkn buah ni pun ssh gak sebenarnya..kene mkn seulas2..alaaa lecehnya...tp nk wat cmne kn...demi kesihatan aku n baby..akan kugagahi gak la mkn buah delima ni...

Pati Delima Gulshan
dalam ms yg sama aku cr gak la jus delima...sbb aku rs yg ni lg sng...minum jer...sama gak ngan buah delima...cr punya cr x gak jumpa.....lastnya opismate aku tlg belikan kt area umh die...thanks ye kawan :)....Pati Delima Gulshan...1st time aku minum jus ni...punya la masam....jenuh gak la aku nk telan...tp bila ko dh telan hari2....ko akn biasa ngan rs die :)...so smpai la skrg..ari2 aku minum jus ni....skrg aku dh tau ktne aku leh beli jus ni...korang leh cr kt Alamanda...kt kiosk yg jual kurma kt tgkat 1...hrga jus ni sebotol RM15 jer..

Antara khasiat dan fungsi Pati Delima Gulsan :

Untuk Ibu Mengandung:


* Menaikkan HB semasa mengandung.

* M
engatasi masalah morning sickness dan rasa berat badan.
* M
enambah cantik dan gebu kulit anda dan baby anda, di samping membantu proses tumbesaran baby dalam kandungan.
* M
eningkatkan kecergasan tubuh badan semasa hamil.

2 comments:

  1. Assalam...saya nk tny...jus delima ni bole diambil semasa awal kehamilan atau lps frasa pertama semasa 4 bln ke atas?
    Klau ambil di awal kehamilan tiada sied effects ker seperti keguguran sbb delima jenis ada rasa acidik

    ReplyDelete
  2. Salam. Jika berminat, boleh order melalui saya. Promosi Rm10/sebotol hingga 30 April 2014. Email saya wak_yeh@hotmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...